Kebebasan Mutlak Media Baru Akan Membawa Bencana Kepada Keharmonian Negara

            Kemunculan media baru memberikan impak yang besar terhadap kehidupan manusia kini. Media baru secara langsung telah merubah pola kehidupan masyarakat. budaya, cara berfikir, dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia. Perkembangan media ini nampaknya telah mendapatkan tanggapan beragam yang mana ada yang pro dan ada yang kontra. Tanggapan sebegitu pastinya timbul sebaik sahaja kita memahami apa itu media baru yang digembar – gemburkan. Sebelum kita terus memutuskan apakah media baru itu bagus atau tidak, alangkah baiknya jika kita memahami defenisi sebenar media baru itu sendiri. Munurut Jan Van Dijk dalam bukunya The Network Society, new media which are both intergrated and interactive and also use digital code at the turn of the 20th and 21st centuries. Dalam erti kata lain, media baru merupakan media yang harus memiliki tiga karekter utama iaitu intergrasi, interktif dan digital.


Dewasa ini, media baru bukan lagi satu perkara baru dalam kehidupan seharian. Ianya digunakan secara meluas tanpa batasan. Sebagai contoh apabila pengasas laman social Facebook, Mark Zukerberg mengumumkan akan menutup media jaringan social paling popular itu pada pertengahan Mac 2011, pelbagai reaksi digambarkan. Ada yang tergamam, kecewa, keliru dengan pengumuman tersebut. Ini menunjukkan bahawa, kebergantungan masyarakat dunia terhadap media baru itu sendri.

           Dalam pada itu, kebebasan mutlak media baru ini ada kalanya membawa kepada kekucar – kaciran keharmonian sesebuah negara itu sendiri. Ini terbukti apabila wujudnya pelbagai blog – blog serta laman web yang boleh menggangu - gugat keharmonian sesebuah negara. Sebagai contoh, di Malaysia sahaja telah dilaporkan beberapa kes fitnah melibatkan blog yang dikendalikan oleh warga tempatan. Blog ini – blog ini didapati bersalah kerana memutarbelitkan fakta dan mengancam ketenteraman awam.

         Kebebasan mutlak media baru ini juga sering disalah guna oleh sesetengah pihak untuk kepentingan masing – masing. Mereka ini tergolong dalam golongan penggodam – penggodam media baru memberikan pelbagai impak negative kepada masyarakat, bangsa, agama serta negara. Di samping itu juga, keharmonian sesebuah negara juga sering tergugat melalui media baru ini, apabila lambakan blog – blog, laman sosial, SMS serta laman sesawang yang menjadi dalang kepada keporak – porandaan negara.

   Pada tahun lalu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengisytiharkan pengharaman telefon pintar Blackberry daripada digunakan di negara itu. Mengapa? Ini gara – gara khabar mengatakan bahawa gajet tersebut mampu memberi ancaman keselamatan kepada negara itu. Bentuk ancaman itu adalah apabila Blackberry merupakan satu – satunya telefon pintar yang menyampaikan maklumat pengguna secara automatic kepada pusat data luar negara. Hal ini ada kaitannya dengan definisi karektor media baru oleh Feldman yang mana ianya mudah untuk dimanipulasi. Media baru ini memungkinkan setiap orang untuk memanipulasi dan merubah sebarang data dan informasi dengan bebas.

       Awal Februari 2010 pula, negara seperti Iran telah mengharamkan enjin carian ‘Google’. Pastinya tindakan kerajaan Iran adalah untuk mencegah carian – carian maklumat yang boleh merosakkan minda masyarakat serta keharmonian negara. Tambahan pula media baru yang bersifat jaringan dan mudah diakses serta dikongsi ini menambahkan lagi kebimbangan kepada keselamatan negara. Hal ini agak relevan untuk dilaksanakan demi menjaga kepentingan rakyat dan negara mereka. Namun begitu, dasar seperti ini pastinya akan menyempitkan atau menyekat kebebasan seseorang itu berinternet.
     Kesimpulannya, media baru ini berperanan besar dalam mencorak pemikiran masyarakat disamping membimbing masyarakat mendepani kemajuan sains dan teknologi maklumat secara lebih berani dan bersedia. Di penghujungnya, kita berharap untuk melihat media baru menjadi senjata utama dalam memartabatkan kedaulatan negara dan membawa kepada keharmonian dan keamanan sejagat.

Contoh Blog yang boleh mengancam keselamatan negara:
http://ikutsukaakuisa.blogspot.com/?zx=9a6ad91a06077456


Kesan Kebiadaban Di Dunia Siber




KESAN KEBIADABAN DUNIA SIBER

Kesan kebiadaban di dunia siber

PASTINYA ramai bersetuju bahawa kebebasan siber telah disalahertikan oleh sebahagian besar pengguna Internet. Salah tanggapan tersebut meleret pula kepada tindakan wewenang melepaskan perasaan serta melontarkan ekspresi amarah mereka terhadap idea, program, individu, organisasi, pemimpin, kerajaan, malah kepada kumpulan etnik tertentu.
Namun ramai yang lupa bahawa kebebasan daripada kekangan penapisan tidak pula membebaskan pengguna Internet daripada Akta Fitnah, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Kita faham bahawa kebebasan yang diberikan kepada Internet mengangkat falsafah bahawa kerajaan mengutamakan percambahan maklumat, ilmu dan idea yang boleh membangunkan keupayaan intelek rakyat Malaysia seiring dengan bangsa lain yang sudah maju. Di samping itu hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub teknologi komunikasi dan informasi di Asia Tenggara, mendesak kerajaan supaya melayani kehendak pelabur asing dalam industri berkenaan. 
Namun pada ketika ini kita dapat melihat elemen-elemen yang bertentangan dengan harapan kerajaan khususnya dalam konteks keharmonian sosial bagi masyarakat berbilang kaum.
Pertentangan ini dapat dikesan daripada kelewahan bahasa kesat dengan caci-cerca dan maki-hamun sesama kaum yang berlangsung melalui Internet. Suasana sedemikian pastinya tidak membantu Gagasan 1 Malaysia apatah lagi membina hubungan empatetik antara pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam.


Titah Tuanku Mizan pada 15 Mac lalu, khususnya tentang kebiadaban dan bahasa kesat pengguna Internet, tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi kebebasan siber boleh saja tercerna dengan unsur-unsur fitnah, pembohongan, hasutan, dan prejudis yang tebal dengan sentimen perkauman. 
Setakat 20 Mac 2010, kajian yang diperoleh daripada rujukan kepada enjin carian Google mendapati bahawa caci-cerca dan maki-hamun sesama kaum oleh golongan dan individu yang tidak bertanggungjawab amat lumayan seperti statistik berikut.

"Melayu"+ "Babi" 703,000
"Melayu"+ "Sial" 139,000
"Melayu"+ "Celaka" 108,000
"Cina"+ "Babi" 661,000
"Cina"+ "Sial" 119,000
"Cina"+ "Celaka" 82,000
"Keling"+ "Babi" 116,000
"Keling"+ "Sial" 15,900
"Keling"+ "Celaka" 41,600

Senarai dapatan sedemikian belum lagi memasukkan unsur-unsur pornografi, ajaran sesat, keganasan global, kaedah membunuh diri, cara-cara membuat bom dan ribuan kegenjotan sosial yang tidak pernah kita fikirkan. Malah gejala penggunaan kata-kata kesat itu juga berbaur dengan kempen kebencian terhadap sesuatu kaum.
 
Menzahirkan

Tanpa mahu menuding jari siapa dan kaum manakah yang menulis bahasa kesat sedemikian dan atas konteks apakah tulisan itu dimuat naik, maki-hamun sedemikian pastinya tidak membantu negara multietnik seperti Malaysia khususnya dalam usaha negara menzahirkan gagasan 1Malaysia.
Dengan data penggunaan kata-kata kesat seperti yang dipaparkan, tidak hairanlah jika negara seperti Iran (pada awal Feb 2010) telah mengharamkan enjin carian 'Google'. Pastinya tindakan kerajaan Iran adalah untuk mencegah carian-carian maklumat dan berita yang boleh merosakkan minda masyarakat serta keharmonian negara. Namun kita pasti, itu bukanlah penyelesaian yang berkesan.
Adolf Hitler, tokoh diktator Jerman yang dikeji di Eropah dan Barat pernah berkata, "Sesuatu pembohongan pun boleh diyakini kebenarannya jika sering diulangi." Malah Hitler menambah, "Lebih besar sesuatu pembohongan, maka ahli masyarakat akan lebih mempercayainya".
Dengan jelas pula Allah telah mengingatkan: Apabila datang kepada kamu berita daripada orang-orang yang fasik maka hendaklah kamu mencari kepastiannya terlebih dahulu (Al Hujarat ayat 6). 
Pada Jun 2009, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon menguar-uarkan supaya semua ahli masyarakat global membantu menghapuskan kempen kebencian yang amat lewah melalui Internet. Antara kempen kebencian yang dimaksudkan oleh Ki-Moon adalah kempen kebencian terhadap Islam. Pastinya kempen kebencian sebegitu mengandung fitnah, pembohongan dan hasutan sebagai mekanisme pemujukan yang boleh menyumbang kepada perbalahan antara agama, malah perbalahan ketamadunan.
Sememangnya belum lagi terbukti bahawa siber boleh dikaitkan secara signifikan sebagai punca yang menyebabkan konflik kaum di Malaysia. Namun situasi yang berlangsung dalam siber yang sedemikian bebas dan biadab, telah membina suatu persekitaran sosial yang serba mungkin.
Tunku Abdul Rahman (1969) dalam buku beliau 13th May: Before and After telah mengaitkan media massa (luar negara) sebagai sebahagian daripada punca meletusnya peristiwa berdarah 
Persekitaran
Kita curiga, sebagaimana yang pernah ditulis oleh Goh Cheng Teik (1978), suasana panas sedemikian boleh sahaja diterjemahkan sebagai persekitaran yang dibayangi oleh 'bom jangka'. Ia boleh meledak bila-bila masa sahaja.
Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pribumi Perkasa (sebagaimana yang tersiar dalam akhbar arus perdana Melayu bertarikh 3 April 2010), berpandangan bahawa, "tidak salah untuk ditafsirkan bahawa perkembangan di Malaysia hari ini seolah-olah serupa dengan perkembangan sosio-politik dan ekonomi yang mengiringi tercetusnya tragedi 13 Mei 1969."
Apa yang lebih membimbangkan, sebagaimana yang pernah didedahkan oleh Presiden Perikatan Bloggers Kebangsaan, Datuk Ahirudin Attan, dalam satu Kolokium di UiTM tahun lalu, 50 peratus daripada ahli-ahli kesatuannya menolak etika kewartawanan.
Etika itu sendiri dalam konteks kebebasan media, adalah kekangan kepada falsafah kebebasan media. Namun kelihatannya ada antara pengguna Internet lupa bahawa kebebasan mutlak akan menurunkan martabat manusia yang berakal dan bertamadun kepada tahap haiwan yang hidup dalam persekitaran hukum rimba. 
Amat tidak adil untuk menterjemahkan bahawa Gagasan 1 Malaysia telah gagal dengan sekadar melihat gelagat pengguna Internet sedemikian. Namun kita pasti gelagat sedemikian tidak membantu negara untuk mencapai hasrat murni bagi memantapkan hubungan antara kaum.
Kita yakin demokrasi juga menentang falsafah kebebasan mutlak sedemikian kerana kekebasan itu harus ditunjangi oleh tangungjawab dan akauntabiliti semua pengguna Internet. Ertinya kebebasan siber juga haruslah ditunjangi oleh prinsip-prinsip etika kewartawanan serta kepercayaan kepada Allah.
Kebebasan siber atau Internet, daripada penapisan pihak berkuasa telah diperuntukkan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan diulang melalui Bil Jaminan Koridor Raya Multimedia. Ia mengangkat falsafah murni demokrasi. Malangnya ia juga membina tanggapan bahawa pengguna Internet bebas menulis apa sahaja termasuk caci-cerca dan sumpah-seranah.

Merujuk kepada artikel yang dipetik daripada Utusan Malaysia hasil karangan Dr. Rahmat Ghazali, artikel ini berkisar tentang kesan kebiadaban di dunia siber yang semakin membimbangkan masa kini. Sehubungan dengan itu, kesan yang cuba ditonjolkan oleh penulis rata - ratanya adalah negatif. 


Hari ini, penggunaan dunia siber hampir tiada had dan sering disalahgunakan untuk tujuan - tujuan yang bermotifkan fitnah, menjatuhkan orang lain, hasutan, penyelewengan fakta,penggodaman sistem dan pelbagai unsur negatif lagi. Tidak hairanlah jika pengguna dunia siber atau lebih dikenali sebagai dunia maya ini semakin meningkat dari hari ke hari. Statistik yang di keluarkan oleh World Internet Stats untuk tahun 2010 menunjukkan pengguna internet dunia meningkat khususnya di Malaysia, iaitu sebanyak 347% sejak tahun 2000. Selain itu, menurut NITC pula, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 16,902,600 pengguna pada 2010. Jumlah ini adalah 66% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.


http://www.internetworldstats.com/stats.htm

http://bukurekod2u.blogspot.com/2011/02/internet-dan-perkembangannya.html


Kemunculan internet sebagai medium komunikasi terkini pastinya menjanjikan wadah terbaik dalam penyebaran maklumat, percambahan ilmu pengetahuan serta penggerak teknologi masa kini. Oleh yang demikian, pengawalan perjalanan maklumat di dunia siber tidak dapat dibendung lagi kerana semuanya terletak di hujung jari individu itu samaada ingin memperoleh maklumat yang berbentuk hasutan, pornografi, perkauman, idea, propaganda, serta fitnah yang luas untuk di cari melalui saluran teknologi ini. Kebebasan yang tiada batasnya ini akan mengundang serta mengancam keselamatan negara seperti serangan data maklumat. 
Antara contoh laman web yang mengancam keselamatan negara:
Dihoskan di Amerika Syarikat.
Dihoskan di Amerika Syarikat.
(Sumber daripada Laman Sesawang Kementerian Penerangan Malaysia)

Kebebasan berinternet yang dilaungkan oleh pimpinan pihak kerajaan nampaknya telah banyak disalah gunakan oleh pihak - pihak tertentu dalam melakukan perkara - perkara negatif seperti fitnah, menjatuhkan maruah, mencetus sentimen perkauman, hasutan serta penggodaman sistem. Perkara ini semakin serius berleluasa akibat daripada kurangnya pemantauan yang ketat oleh pihak - pihak berwajib walaupun Akta Komunikasi dan Media 1998 telah dilaksanakan lebih sedekad lalu.

Kebiadaban di dunia siber ini telah mendapat perhatian banyak pihak termasuklah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan dalam titah beliau bertarikh 15 Mac lalu yang berkisar tentang kebiadaban dan penggunaan bahasa kesat pengguna Internet yang semakin menjadi - jadi. Hal ini disokong melalui kajian kepada enjin carian Google setakat 20 Mac lalu dimana ianya berjaya menemukan lewahan penggunaan kata -kata kesat seperti melayu babi, cina celaka dan keling sial yang boleh membawa kepada krisis perkauman yang amat serius. Berkemungkinan besar pada suatu hari nanti tragedi 13 Mei 1969 akan berulang lagi dek kerana kebiadaban individu atau golongan yang tidak bertanggungjawab ini yang menjadi batu api siber melaga - lagakan sesama kaum.

Di samping itu, kebebasan mutlak berinternet di Malaysia merupakan usaha kerajaan dalam mengutamakan percambahan maklumat, ilmu dan idea yang boleh membangunkan keupayaan intelek rakayat Malaysia seiring dengan bangsa lain yang sudah maju seperti di Jepun dan Amerika Syarikat. Namun begitu, usaha murni kerajaan ini telah dicemarkan oleh sentimen - sentimen negatif yang cuba memporak - porandakan teknologi yang ada demi kepentingan serta kepuasan sendiri.

Antara laman web yang berunsurkan hasutan:
Dihoskan di Singapura tetapi pemilik adalah rakyat Malaysia.
o Isu laporan ASLI berkenaan Dasar Ekonomi Baru.
o Perhimpunan Agung UMNO 2006.
o Kes kematian Rayapan Anthony.
o Isu perdebatan anti-hadis.
o Isu Dasar Ekonomi Baru.
o Pameran Kegemilangan Sains dan Tamadun Islam.
Dihoskan di Amerika Syarikat tetapi pemilik adalah rakyat Malaysia.
o Menyokong pergerakan Komunisme di Malaysia

(Sumber daripada Laman Sesawang Kementerian Penerangan Malaysia)


Selain daripada Akta Komunikasi dan Media yang telah diwujudkan pada tahun 1998, malaysia juga telah memperkenalkan Agensi Keselamatan Siber Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Cyber Security Agency (MCSA) pada tahun 2006 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang berfungsi sebagai Pusat Keselamatan Siber di Malaysia. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh agensi ini adalah seperti penyelidikan terhadap ancaman siber, pemantauan pematuhan dasar, pengurusan keselamatan serta jaminan keselamatan siber.

Implikasi kebiadaban di dunia siber dapat dilihat jelas pada hari ini dengan tersebarnya berita - berita mengenai isu perkauman di dalam masyarakat kita. Kelewahan berita mengenai isu perkauman ini sering menjadi bahan bagi golongan yang tidak bertanggungjawab untuk diperbesar - besarkan di ruangan siber. Di samping itu, isu politik negara juga sering menduduki carta tertinggi dalam ruangan siber untuk dibiadapkan. Sebagai contoh, isu berkaitan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Sharibu yang dikaitkan dengan perdana menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak, isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Saiful Buhari, isu pertelingkahan parti - parti politik PAS, UMNO, PKR, DAP dan sebagainya. Isu - isu pertelingkahan politik ini sering dimomok momokkan di ruangan siber dengan tulisan tentang keburukan, kejahatan, kekorupan sesebuah parti itu. Hal ini akan memberi kesan kepada keselamatan negara khususnya di Malaysia kerana perbalahan ini melibatkan sentimen perkauman yang cukup tinggi.